Wednesday, April 23, 2014

SEGERA... PENGESAHAN MAKLUMAT SEKOLAH (EMIS)

PENGESAHAN MAKLUMAT SEKOLAH (EMIS) BULAN JANUARI - MAC 2014

Semua sekolah di daerah Timur Laut diminta menghantar Pengesahan Data EMIS pada setiap bulan (Terkini: Bulan Januari hingga Bulan Mac). Hal ini kerana PPD Timur Laut akan menganalisa data EMIS dan membuat laporan pengesahan Maklumat Sekolah untuk dihantar kepada Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada atau sebelum 28 April 2014.

Justeru itu, jasa baik pihak sekolah untuk menyemak semula pengesahan data sekolah yang telah dihantar dan diterima oleh PPD Timur Laut di pautan ini:

SENARAI SEMAK PENGHANTARAN DATA EMIS 2014

Sekiranya senarai semak mempunyai ralat, sila hantar semula pengesahan data EMIS bagi memudahkan analisa laporan dapat dilaksanakan dengan kadar segera pada atau sebelum 25 April 2014 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. wan Abdullah Sani di talian 019-917 9715.